Monday, October 31, 2011

Awan Berarak Pergi (cont.)


Tapi disangkanya panas hingga ke petang tapi rupanya hujan ditengah hari. Satu pagi telah melenyapkan segala kegembiraan Azian. Projek besar yang baru diserahkan Datuk Imran ketuanya menyebabkan hati Azian tidak keruan. Bukan kerana projek penting itu boleh menyebabkan dia dibuang kerja andai gagal dilaksanakan tetapi pembantu yang akan ditugaskan untuk membantu Azian cukup membuatkan Azian tidak senang duduk. Disebabkan projek itu memerlukan pengawasan yang ketat, Unit Teknikal juga akan dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan projek baru itu. Khairul, kenapa nama itu muncul kembali disaat dia menjalani hidupnya dengan ceria. Azian mula merasakan proses menyiapkan projek itu akan menjadi tempoh paling lama akan dihadapinya.

‘Awak tolong pastikan semua peralatan disediakan dengan baik ok. Saya tak nak ada kesilapan kecil pun yang timbul nanti. Semua tu akan menjejaskan performance keseluruhan projek. Itu saja buat masa ni, bersurai.’ Azian sememangnya tegas dan serius dalam melaksanakan setiap tugasnya apatah lagi sebolehnya dia ingin meminimumkan pertemuannya dengan Khairul.

Proses perlaksanaan projek baru sahaja berjalan selama seminggu tetapi tempoh itu cukup lama bagi Azian. Setiap hari yang diluangkan untuk menyempurnakan projek tersebut cukup membuatkan Azian rimas. Rimas kerana terpaksa berhadapan dengan lelaki yang cukup ingin dihindarkannya itu. Dalam tempoh itu juga Azian dimaklumkan yang Khairul baru sahaja putus tunang. ‘ Tunang? Wah, rupanya mamat ni dah pernah bertunang. Tapi kenapa dah putus pulak?’ otak Azian ligat memikirkan perihal tersebut.

‘Awak nak makan apa? Nak saya tolong orderkan? Awak suka tomyam kan?’, suara lelaki itu cukup membuatkan Azian rimas dan tidak senang duduk. Pertemuan mereka berdua sepatutnya dihadiri oleh pelanggan dari Jepun tetapi kerana masalah penerbangan menyebabkan hanya tinggal mereka berdua di restoran pinggir bandar itu. ‘ Eh tak payah susah-susah. Saya boleh order sendiri. Lagipun siapa yang kata saya suka tomyam? Saya paling tak suka makan tomyam’, suara Azian meninggi. Azian cukup tidak selesa berhadapan dengan lelaki ini. Tetapi kerana telah ditempah syarikat, agak membazir andai mereka pergi begitu sahaja.

‘ Urm sory, saya ingatkan awak suka tomyam. Dulukan awak selalu order tomyam bila kita keluar makan’, Khairul serba salah. Khairul begitu yakin yang gadis dihadapannya ini sememangnya Azian, gadis yang pernah disayanginya dulu. Tetapi kerana kesilapan dirinya sendiri menyebabkan dia kehilangan gadis dihadapannya ini. Zara, gadis yang pernah dicintainya telah meninggalkan dia untuk kembali kepada bekas kekasihnya. Itupun hanya selepas tinggal tiga minggu sahaja lagi sebelum hari pernikahan mereka. Selepas tiga tahun bertunang, pertunangan mereka diputuskan hanya dalam masa sejam sahaja. Semuanya kerana majlis reunion yang dihadiri mereka yang membibitkan kembali cinta Zara dan bekas kekasihnya itu. Ah begitu jauh lamunan Khairul melayang sehingga dia tidak menyedari bila gadis yang sebentar tadi berada dihadapannya ini menghilang.

‘Saya balik pejabat dulu, awak makanlah. Maaflah saya tak dapat nak temankan. Ada urusan lebih penting dan lagi satu lepas ni tolong panggil saya Cik Azian, bukan ’awak’...pesanan SMS yang dikirimkan gadis itu cukup ringkas tetapi entah kenapa itu sudah cukup membuatkan hati Khairul sedih. Sedih kerana gadis itu masih lagi tidak mahu mengaku yang mereka pernah saling mengenali dulu. Tidak mungkin gadis yang mempunyai nama yang sama, berasal dari negeri yang sama, dengan rupa dan tingkah laku yang sama adalah dua insan yang berbeza. Khairul telah menyelidik segala perkara tentang Azian sejak hari pertama gadis itu hadir kembali ke dalam hidupnya. Tugasnya sebagai pegawai penyeliaan teknikal di Unit Teknikal memberikannya kelebihan untuk akses kepada sistem maklumat syarikat. Status Azian yang masih bujang juga yang memyebabkan Khairul menaruh harapan untuk memenangi hati gadis itu kembali.

Mesyuarat yang telah berlangsung selama dua jam masih menemui jalan buntu. Azian masih tidak dapat memikirkan cara yang sesuai untuk menyelesaikan isu pemilihan tempat untuk projek mereka itu. Bahagian teknikal pula masih menghadapi masalah dalam memastikan ciptaan  Unit Reka Cipta syarikat dapat berfungsi dengan lancar. ’ Nampaknya terpaksalah aku kerja ’overtime’ lagi malam ni’ Azian mengumam sendirian. Tetapi apa yang dirisaukan Azian bukannya tuntutan kerja yang memerlukan dirinya bekerja melewati waktu kerjanya tetapi kerana ini bermakna lebih banyak masa akan dihabiskannya bersama Khairul, lelaki yang masih membuatkan hatinya terluka.

’Urm, boleh saya tanya awak sesuatu?’ tiba- tiba Khairul bersuara. Kini hanya tinggal mereka berdua di dalam pejabat Azian. Rakan- rakan yang lain masing- masing sibuk menyiapkan kerja di meja masing- masing. ‘ Tolong panggil Cik Azian ye, saya ni bos awak’ , Azian masih cuba berlagak seperti biasa. ’ Eh, sory, Cik Azian. Boleh saya tanya sesuatu tak?,’ Khairul masih lagi dengan soalannya. ‘ Urm apa?,’ Azian menjawap ringkas. ‘ Urm Cik Azian, betul ke Cik tak kenal saya? Dulu kita pernah belajar di kolej yang sama even dalam kelas yang sama. Takkan awak tak ingat? Lebih tepat lagi saya tahu awak ni Azian, bekas kekasih saya dulu. Kenapa awak nak berpura- pura awak tak kenal saya. Saya tahu apa yang berlaku dulu tu salah saya. Tapi hati saya masih pada awak. Saya sedar awak lah jodoh saya. Kan dulu kita pernah janji yang kita akan jumpa dan bersatu kembali selepas habis belajar, awak dah lupa ke?,’ Khairul masih mencari kebenaran. Setiap kali ada peluang, soalan yang sama pasti akan diajukannya pada gadis ini.

’ En. Khairul, awak sedar tak sekarang ni awak sedang bercakap dengan bos awak? Saya dah bosan tau dengan awak ni. Awak ni nak kerja ke tak nak? Ok, saya dah lama sabar dengan awak ni tau. Ya, memang saya ni Azian dan saya memang kenal awak, it just I don’t want to act like I do know you. Apa yang awak cakap tu semuanya betul tapi awak lupa satu je. Awak dah lupa yang awak pernah bagi syarat yang kita akan berpura- pura tak kenal andai kita jumpa balik. Awak dah lupa ke? Itulah lain kali kalau berjanji tu tanam betul-betul dalam kepala tu, saya dah pegang janji saya, jadi saya harap awak pun akan pegang pada janji juga ya. Lets act like we never know each other before and just maintain that Bos- worker relationship that we have now ok, understand? One more thing, memang saya bujang tapi dah tak lama. Saya ni dah jadi tunangan orang. Jangan nak jadikan saya ni pengganti tempat tunang awak tu. So, sila keluar sekarang, saya banyak kerja lagi ni ok.’, jawapan Azian membuatkan Khairul tersentap seraya berlalu keluar dari bilik ‘Bos’ nya itu.

Azian tak menyangka yang dia seberani itu untuk meluahkan segala yang terpendam dalam hatinya itu. Ada rasa lega yang teramat kini dirasainya. Sudah lama dia bersabar dengan kerenah Khairul yang sentiaa mencari peluang untuk mengimbau kenangan lampau mereka. Tapi tiba- tiba Azian teringat sesuatu. ‘ Tunangan orang? Alamak aku ni gila ke apa? Tunang? Biar betul. Ahhh lantaklah bukan ada sesiapa pun yang tahu aku ni ada tunang ke tak kan, asal selesai masalah aku dengan mamat tu dah lah,’ ngumam Azian sendirian.

Perlancaran reka cipta yang telah diusahakan Azian dan rakan-rakan yang lain akhirnya berjalan dengan lancar. Respon dari pelanggan juga cukup positif. Reka cipta terbaru dalam bidang pertanian sememangnya sentiasa menjadi perhatian masyarakat kini. Dengan terciptanya peralatan menuai yang baru ini akan lebih membantu pesawah untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup. Azian begitu berbangga dapat membantu petani- petani bumiputra khasnya walaupun dia terpaksa berpanas dan berhujan di lapangan untuk membuat kajian. Kerjanya sebagai pembantu penyelidikan sememangnya memerlukan pengorbanan yang besar tetapi dengan pengalaman semasa di universiti memudahkan lagi tugasnya.

Malam ini mereka yang terlibat dengan perlaksanaan projek syarikat itu telah diraikan dengan majlis makan malam yang cukup meriah. Azian tidak terkecuali menghadiri majlis tersebut tambahan pula kehadirannya sebagai ketua projek sangat dinantikan pihak atasan. Kebolehannya menjayakan projek pertamanya itu dengan jayanya berjaya mencuri perhatian pihak atasan syarikatnya. Bagi Azian kejayaan projek pertamanya ini adalah satu permulaan positif untuknya bekerja dengan lebih baik lagi dan dengan berakhirnya perlancaran projek ini juga merupakan satu rahmat dan kegembiraan teramat untuk Azian kerana selepas ini dia tidak lagi perlu berjumpa dengan Khairul, lelaki yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Selepas kejadian di pejabatnya itu, lelaki itu masih lagi cuba mendekati Azian tetapi Azian bijak mencari langkah mengelak dari bersama lelaki itu berduaan. Tetapi kegembiraan itu hanya sementara. 

                                                          

                                                                       By me and only me...... i see u when u see me

2 comments:

umUMRA said...

hihi..padan muka khairul..dan2 baru nk buat baik..

cita da bes..tp besarkan font tulisan..:(..tak nmpk certain ayat..

sweet_girlz said...

bes ke? TQ 4 da comment, akan d prbaiki :)