Monday, October 31, 2011

Awan Berarak Pergi (cont.)


Tapi disangkanya panas hingga ke petang tapi rupanya hujan ditengah hari. Satu pagi telah melenyapkan segala kegembiraan Azian. Projek besar yang baru diserahkan Datuk Imran ketuanya menyebabkan hati Azian tidak keruan. Bukan kerana projek penting itu boleh menyebabkan dia dibuang kerja andai gagal dilaksanakan tetapi pembantu yang akan ditugaskan untuk membantu Azian cukup membuatkan Azian tidak senang duduk. Disebabkan projek itu memerlukan pengawasan yang ketat, Unit Teknikal juga akan dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan projek baru itu. Khairul, kenapa nama itu muncul kembali disaat dia menjalani hidupnya dengan ceria. Azian mula merasakan proses menyiapkan projek itu akan menjadi tempoh paling lama akan dihadapinya.

‘Awak tolong pastikan semua peralatan disediakan dengan baik ok. Saya tak nak ada kesilapan kecil pun yang timbul nanti. Semua tu akan menjejaskan performance keseluruhan projek. Itu saja buat masa ni, bersurai.’ Azian sememangnya tegas dan serius dalam melaksanakan setiap tugasnya apatah lagi sebolehnya dia ingin meminimumkan pertemuannya dengan Khairul.

Proses perlaksanaan projek baru sahaja berjalan selama seminggu tetapi tempoh itu cukup lama bagi Azian. Setiap hari yang diluangkan untuk menyempurnakan projek tersebut cukup membuatkan Azian rimas. Rimas kerana terpaksa berhadapan dengan lelaki yang cukup ingin dihindarkannya itu. Dalam tempoh itu juga Azian dimaklumkan yang Khairul baru sahaja putus tunang. ‘ Tunang? Wah, rupanya mamat ni dah pernah bertunang. Tapi kenapa dah putus pulak?’ otak Azian ligat memikirkan perihal tersebut.

‘Awak nak makan apa? Nak saya tolong orderkan? Awak suka tomyam kan?’, suara lelaki itu cukup membuatkan Azian rimas dan tidak senang duduk. Pertemuan mereka berdua sepatutnya dihadiri oleh pelanggan dari Jepun tetapi kerana masalah penerbangan menyebabkan hanya tinggal mereka berdua di restoran pinggir bandar itu. ‘ Eh tak payah susah-susah. Saya boleh order sendiri. Lagipun siapa yang kata saya suka tomyam? Saya paling tak suka makan tomyam’, suara Azian meninggi. Azian cukup tidak selesa berhadapan dengan lelaki ini. Tetapi kerana telah ditempah syarikat, agak membazir andai mereka pergi begitu sahaja.

‘ Urm sory, saya ingatkan awak suka tomyam. Dulukan awak selalu order tomyam bila kita keluar makan’, Khairul serba salah. Khairul begitu yakin yang gadis dihadapannya ini sememangnya Azian, gadis yang pernah disayanginya dulu. Tetapi kerana kesilapan dirinya sendiri menyebabkan dia kehilangan gadis dihadapannya ini. Zara, gadis yang pernah dicintainya telah meninggalkan dia untuk kembali kepada bekas kekasihnya. Itupun hanya selepas tinggal tiga minggu sahaja lagi sebelum hari pernikahan mereka. Selepas tiga tahun bertunang, pertunangan mereka diputuskan hanya dalam masa sejam sahaja. Semuanya kerana majlis reunion yang dihadiri mereka yang membibitkan kembali cinta Zara dan bekas kekasihnya itu. Ah begitu jauh lamunan Khairul melayang sehingga dia tidak menyedari bila gadis yang sebentar tadi berada dihadapannya ini menghilang.

‘Saya balik pejabat dulu, awak makanlah. Maaflah saya tak dapat nak temankan. Ada urusan lebih penting dan lagi satu lepas ni tolong panggil saya Cik Azian, bukan ’awak’...pesanan SMS yang dikirimkan gadis itu cukup ringkas tetapi entah kenapa itu sudah cukup membuatkan hati Khairul sedih. Sedih kerana gadis itu masih lagi tidak mahu mengaku yang mereka pernah saling mengenali dulu. Tidak mungkin gadis yang mempunyai nama yang sama, berasal dari negeri yang sama, dengan rupa dan tingkah laku yang sama adalah dua insan yang berbeza. Khairul telah menyelidik segala perkara tentang Azian sejak hari pertama gadis itu hadir kembali ke dalam hidupnya. Tugasnya sebagai pegawai penyeliaan teknikal di Unit Teknikal memberikannya kelebihan untuk akses kepada sistem maklumat syarikat. Status Azian yang masih bujang juga yang memyebabkan Khairul menaruh harapan untuk memenangi hati gadis itu kembali.

Mesyuarat yang telah berlangsung selama dua jam masih menemui jalan buntu. Azian masih tidak dapat memikirkan cara yang sesuai untuk menyelesaikan isu pemilihan tempat untuk projek mereka itu. Bahagian teknikal pula masih menghadapi masalah dalam memastikan ciptaan  Unit Reka Cipta syarikat dapat berfungsi dengan lancar. ’ Nampaknya terpaksalah aku kerja ’overtime’ lagi malam ni’ Azian mengumam sendirian. Tetapi apa yang dirisaukan Azian bukannya tuntutan kerja yang memerlukan dirinya bekerja melewati waktu kerjanya tetapi kerana ini bermakna lebih banyak masa akan dihabiskannya bersama Khairul, lelaki yang masih membuatkan hatinya terluka.

’Urm, boleh saya tanya awak sesuatu?’ tiba- tiba Khairul bersuara. Kini hanya tinggal mereka berdua di dalam pejabat Azian. Rakan- rakan yang lain masing- masing sibuk menyiapkan kerja di meja masing- masing. ‘ Tolong panggil Cik Azian ye, saya ni bos awak’ , Azian masih cuba berlagak seperti biasa. ’ Eh, sory, Cik Azian. Boleh saya tanya sesuatu tak?,’ Khairul masih lagi dengan soalannya. ‘ Urm apa?,’ Azian menjawap ringkas. ‘ Urm Cik Azian, betul ke Cik tak kenal saya? Dulu kita pernah belajar di kolej yang sama even dalam kelas yang sama. Takkan awak tak ingat? Lebih tepat lagi saya tahu awak ni Azian, bekas kekasih saya dulu. Kenapa awak nak berpura- pura awak tak kenal saya. Saya tahu apa yang berlaku dulu tu salah saya. Tapi hati saya masih pada awak. Saya sedar awak lah jodoh saya. Kan dulu kita pernah janji yang kita akan jumpa dan bersatu kembali selepas habis belajar, awak dah lupa ke?,’ Khairul masih mencari kebenaran. Setiap kali ada peluang, soalan yang sama pasti akan diajukannya pada gadis ini.

’ En. Khairul, awak sedar tak sekarang ni awak sedang bercakap dengan bos awak? Saya dah bosan tau dengan awak ni. Awak ni nak kerja ke tak nak? Ok, saya dah lama sabar dengan awak ni tau. Ya, memang saya ni Azian dan saya memang kenal awak, it just I don’t want to act like I do know you. Apa yang awak cakap tu semuanya betul tapi awak lupa satu je. Awak dah lupa yang awak pernah bagi syarat yang kita akan berpura- pura tak kenal andai kita jumpa balik. Awak dah lupa ke? Itulah lain kali kalau berjanji tu tanam betul-betul dalam kepala tu, saya dah pegang janji saya, jadi saya harap awak pun akan pegang pada janji juga ya. Lets act like we never know each other before and just maintain that Bos- worker relationship that we have now ok, understand? One more thing, memang saya bujang tapi dah tak lama. Saya ni dah jadi tunangan orang. Jangan nak jadikan saya ni pengganti tempat tunang awak tu. So, sila keluar sekarang, saya banyak kerja lagi ni ok.’, jawapan Azian membuatkan Khairul tersentap seraya berlalu keluar dari bilik ‘Bos’ nya itu.

Azian tak menyangka yang dia seberani itu untuk meluahkan segala yang terpendam dalam hatinya itu. Ada rasa lega yang teramat kini dirasainya. Sudah lama dia bersabar dengan kerenah Khairul yang sentiaa mencari peluang untuk mengimbau kenangan lampau mereka. Tapi tiba- tiba Azian teringat sesuatu. ‘ Tunangan orang? Alamak aku ni gila ke apa? Tunang? Biar betul. Ahhh lantaklah bukan ada sesiapa pun yang tahu aku ni ada tunang ke tak kan, asal selesai masalah aku dengan mamat tu dah lah,’ ngumam Azian sendirian.

Perlancaran reka cipta yang telah diusahakan Azian dan rakan-rakan yang lain akhirnya berjalan dengan lancar. Respon dari pelanggan juga cukup positif. Reka cipta terbaru dalam bidang pertanian sememangnya sentiasa menjadi perhatian masyarakat kini. Dengan terciptanya peralatan menuai yang baru ini akan lebih membantu pesawah untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup. Azian begitu berbangga dapat membantu petani- petani bumiputra khasnya walaupun dia terpaksa berpanas dan berhujan di lapangan untuk membuat kajian. Kerjanya sebagai pembantu penyelidikan sememangnya memerlukan pengorbanan yang besar tetapi dengan pengalaman semasa di universiti memudahkan lagi tugasnya.

Malam ini mereka yang terlibat dengan perlaksanaan projek syarikat itu telah diraikan dengan majlis makan malam yang cukup meriah. Azian tidak terkecuali menghadiri majlis tersebut tambahan pula kehadirannya sebagai ketua projek sangat dinantikan pihak atasan. Kebolehannya menjayakan projek pertamanya itu dengan jayanya berjaya mencuri perhatian pihak atasan syarikatnya. Bagi Azian kejayaan projek pertamanya ini adalah satu permulaan positif untuknya bekerja dengan lebih baik lagi dan dengan berakhirnya perlancaran projek ini juga merupakan satu rahmat dan kegembiraan teramat untuk Azian kerana selepas ini dia tidak lagi perlu berjumpa dengan Khairul, lelaki yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Selepas kejadian di pejabatnya itu, lelaki itu masih lagi cuba mendekati Azian tetapi Azian bijak mencari langkah mengelak dari bersama lelaki itu berduaan. Tetapi kegembiraan itu hanya sementara. 

                                                          

                                                                       By me and only me...... i see u when u see me

Saturday, October 22, 2011

Promote2.....

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia untuk sume....

Erhmm2... Hari ni Cik Huda just nk tlong promotekan bisness kawan Cik Huda... Dah lama nk wat entry ni tp syik lupe je, dh nyanyuk dh hehehe

Niway, kawan Cik Huda ni buat bisness pembenihan ikan n bela ikan keli... For certain time dia akan bukak skim for public tok invest lam bisness dia. For this turn punya skim, sesape yang nak melabur the info as below k


RM2500 = RM 500 every month for six(6) month
RM1250 = RM300 "
RM625 = RM150 "

tok skim  ni setiap skim yang korang pilih tok labur, korang akan dapat pulangan setiap bulan selama 6 bulan. Then, pda bulan ke-7 korang akan dpt blik modal yang korang dh labur awal2 tu tp klu korang nk labur lagi pun boleh. Untuk skim ni just for 2x, maknanya korang just boleh melabur for setahun (1year) je. Kira ok lah pelaburan ni tok student, at least dpat extra income, korang just need to invest je, and every month wait for da profit tuk msuk. 

Tok pelaburan ni ada sign agreement tau, dalam agreement tu ada state yang korang akan tetap dpt profit korang tu even company ni rugi. So, kira ok r ada agreement ni, rsa trjamin ckit..... Cik Huda sekadar membantu kawan seagama dan sekaum tok kembangkan lagi ekonomi umat Islam kita.....

Any further info leh tanya Cik Huda  trus or klik sini
p/s : blog ni dh lama update tau hehehe........



                                                                                                     
By me and only me......i see u when u see me

Awan Berarak Pergi (cont)

karya by: Cik Huda anak pak Arshad
Part 2

Sedang kusyuk Azian mendengar syarahan Pn. Rosma, tiba-tiba perutnya sakit bagai ditarik-tarik. Kepalanya berputar bagai nak pecah. Muka Azian serta merta berubah pucat sehinggakan andai ditoreh dengan pisau pasti tidak akan ada setitik darah pun yang keluar. Demamnya kembali menyerang disertai pula dengan penyakit gastriknya yang bertambah teruk.

Dalam menahan sakit yang teramat itu, ada sepasang mata memerhati kerisauan disebelah hujung baris kerusi yang sama. Azian tidak mampu lagi menahan sakitnya, dirasakan seperti setiap minit yang berlalu umpama setahun tapi dikuatkan juga semangatnya untuk menghabiskan kuliahnya yang berbaki 10 minit saja lagi. Sebaik sahaja Pn. Rosma mengakhiri kuliahnya, Azian meluru keluar dari dewan menuju ke tandas wanita disebelah dewan. Sakitnya, sengsaranya tak siapa pun patut tahu. Itu sikap Azian yang kadang-kadang semakin memburukkan keadaannya. Di dalam tandas itulah Azian menangis sepuas-puasnya. Selepas sejam barulah sakitnya beransur hilang. Mungkin sudah melewati waktu makannya, itulah telahan Azian setiap kali diserang gastrik. Cukup sekadar membersihkan air mata  dan tudungnya, dalam keadaan terhuyung- hayang Azian bersedia untuk keluar. Gadis bertudung ini tidak perlu menghiraukan rupa parasnya yang selesa tanpa sebarang make-up.

‘’Awak ok? Nak pergi klinik ke?”, tiba-tiba satu suara menegurnya dari belakang sebaik sahaja pintu tandas ditutup. Khairul tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan risaunya. “ Eh, tak payah duk susah-susah. Sapa plak yang sakitnya sampai nak pi klinik2 ni”, Azian masih lagi dengan sikap kerasnya. “ Urm, saya tengok awak macam sakit teruk je dalam dewan tadi. Sampai pucat lesi muka awak tu. Dah tu awak terkocoh-kocoh keluar terus lepas kuliah. Nampak sangat awak sakit tadi.”, suara Khairul seperti orang yang menahan tangis. “ Eh, ma...ma...mana ada. Saya ok je, saya terlebih pakai bedak sebab tu nampak pucat. Saya ke tandas ni nak betulkan make-up saya je. Dah nama pun perempuankan. Biasalah tu, yang awak menyebuk ni kenapa?’’, Azian cuba meninggikan suaranya yang tenggelam dengan kesakitannya. Khairul tahu Azian sedang berbohong. Walaupun baru enam bulan dia mengenali gadis di depannya itu tapi dia tahu apabila gadis itu berbohong. Setahu Khairul gadis didepannya itu tidak pernah memakai make-up, cukup sekadar bedak yang dioles nipis dan sedikit pelembap bibir pelengkap gayanya setiap hari. Ciri-ciri ini jugalah yang membuatkan hati Khairul semakin lama semakin terpaut dengan gadis itu, natural beauty lah katakan. Dek kerana segan apabila berhadapan dengan gadis itu, sengaja dijadikan setiap perkara sebagai topik untuk digaduhkan dengan gadis itu.

Tiba-tiba satu bunyi objek jatuh ke lantai mematikan lamunan perasaan Khairul. Khairul kaget melihat Azian yang terlantar pengsan di depannya. Hendak diangkat memang tak manis. Gadis yang terlantar itu bukannya mahramnya. Nasib baiklah ada pelajar wanita berdekatan untuk menolong sang gadis yang dirisaukannya itu.

Hampir seminggu Azian dimasukkan ke hospital. Hidupnya sepanjang masa itu hanya sekadar berbaring di atas katil hospital yang agak lengang itu. Tekanan darah rendah, kurang vitamin, keletihan terlampau dan demam panas mengiringi pakej gastriknya. Azian sendiri tidak pasti bila dia diserang demam panas. Ujian dan kerja-kerja kokurikulumnya membuatkan dia terlupa tentang dirinya.

Sepanjang tempoh Azian ditahan di hospital, bukan sahaja kawan-kawan sekelas dan pensyarah yang melawatnya tetapi ada seseorang yang setiap hari muncul menemani dan membacakan apa yang dipelajarinya hari itu kepadanya. Khairul, jejaka hitam manis yang tidak pernah jemu menjadi pelawat tetap katilnya itu.

Saat itulah segalanya bermula. Semakin hari hubungan mereka semakin mesra. Jika dulu mereka digelar Tom and Jerry oleh rakan-rakan, tapi kini gelaran itu bertukar kepada Belangkas dan Merpati dua sejoli. Semua gelaran dan usikan rakan-rakan bukan lagi penghalang bagi mereka walaupun kadang-kadang timbul juga rasa malu tapi indahnya dilamun cinta membuatkan mereka kalis dengan semua usikan itu. Azian mula teringat mungkin inilah yang dikatakan ’mulut masin’, jika dulunya sekadar untuk melepaskan diri tapi kini jejaka itu benar-benar menjadi kekasihnya.

Enam bulan menyulam kasih, tibalah harinya mereka berdua terpaksa berpisah. Pasangan yang selama ini sentiasa berdua terpaksa beralah dengan jarak yang akan wujud diantara mereka. Selepas setahun bertarung menghabiskan pelajaran peringkat matrikulasi, tiba masanya mereka meneruskan langkah ke alam universiti. Walaupun indah dilamun cinta, tetapi Khairul dan Azian tidak rela mengorbankan impian masing-masing semata-mata untuk belajar di tempat yang sama. Tidak seperti rakan-rakan mereka yang sepakat mengambil jurusan yang sama di universiti yang sama dengan kekasih hati masing-masing. Tapi Khairul dan Azian masing- masing ditakdirkan melanjutkan pelajaran di timur semenanjung cuma berlainan negeri. Itu sudah membuatkan Khairul gembira kerana setiap hujung minggu dia masih dapat meluangkan masa dengan kekasih hatinya itu.

Seperti pasangan yang lain, hubungan mereka juga ada waktu pasang surutnya. Tetapi isu yang seringkali menjadi punca pergaduhan mereka hanya satu. Keluarga Khairul tidak merestui hubungan mereka disebabkan jarak umur dan tempat tinggal mereka yang dipisahkan oleh dua negeri. Perkara ini sering kali membuatkan Azian makan hati kerana sering kali Khairul menceritakan permintaan ibunya supaya Khairul memilih pasangan senegeri sebagai temannya.

Walaupun mereka jarang bergaduh, tetapi setiap kali bertemu setiap kali itu juga Khairul menceritakan permintaan ibunya itu. Hubungan Khairul dan Azian sampai ke kemuncaknya apabila Azian begitu tertekan dengan masalah hubungan mereka yang tidak direstui, tertekan dengan sikap Khairul yang begitu cemburu buta  dan ditambah pula dengan masalah pengajiannya yang memerlukan Azian berusaha melebihi pelajar lain memandangkan bidang itu baru baginya. Azian juga tidak mahu menjadi punca Khairul dianngap anak derhaka. 

Khairul memutuskan hubungan mereka selepas setahun Azian bersabar memendam rasa. Mereka bersetuju untuk menamatkan hubungan mereka sehingga tamat pengajian tetapi andai ada jodoh mereka berjanji akan mengikat kembali ikatan cinta mereka itu. Tetapi janji hanya tinggal janji. Tidak lama selepas memutuskan hubungan dengan Azian, Khairul telah menjalin hubungan dengan rakan karibnya, Zara. Azian yang kecewa dengan sikap Khairul cuba menuntut janjinya. Tetapi syarat yang diberikan Khairul mencabar keimanan Azian. Perpisahan mereka kali ini ditamatkan dengan sengketa. Azian mahupun Khairul meletakkan syarat andai mereka berjumpa semula, masing-masing akan berlagak saling tidak mengenali. Azian memendam rasa sakit hati dengan berjanji kepada dirinya yang dia tidak akan pernah mengenali lelaki itu lagi, buat selamanya.

(Masa sekarang)


Azian terpinga-pinga dengan teguran jejaka didepannya itu. ” Urmmm hai saya Azian, pekerja baru kat sini. Nice meeting you”, tinta Azian sambil berpaling menuju ke mejanya. ” Aik, awak tak kenal saya ke? Saya Khairul lah, belajar satu kolej dengan awak masa kat Matrik dulu tu, tak ingat ke?’’, Khairul menjelaskan pertemuan mereka. ” Maaflah saya tak ingatlah, rasanya awak silap orang ni. Sorylah, maybe tu Azian lain kot”, Azian berlalu meninggalkan Khairul yang masih menanti jawapan pasti darinya.

Azian tak pernah menyangka hari pertamanya akan diselubungi dengan kegelapan silam. ’ It’s gonna be a tough life for me for now on’, hanya itu yang dapat difikirkan Azian. Sejarah lampau yang cuba dihilangkan dari fikirannya kini berada dihadapannya dan mungkin setiap hari akan menghantui hidupnya.

Hari ini genap dua bulan Azian menjadi pembantu pengurus Unit Penyelidikan di syarikat Agrotech sdn.bhd. ini dan hari ini genap dua bulan juga Azian bergelar penduduk kota metropolitan ini. Azian tidak pernah menyangka kota Kuala Lumpur yang dulunya cukup merimaskannya sehingga membuatkan Azian bertekad untuk tidak bekerja di kota ini kini akhirnya telah menjadi tempatnya mencari rezeki. Tetapi dua bulan berada di kota ini sudah cukup untuk Azian membiasakan  dirinya dengan kesibukan masyarakat dan kehidupan di sini. Keramahan penduduk dan dikelilingi kawan-kawan yang sentiasa ceria membuatkan Azian semakin selesa berada di kota ini.

Satu lagi perkara yang membuatkan Azian dapat menyesuaikan dirinya ditempat baru ini adalah kerana sejarah lampaunya, Khairul, tidak lagi muncul didepannya. Mungkin kerana berbeza unit dan bangunan menyebabkan mereka tidak langsung bertembung. Bagi Azian itu adalah satu rahmat yang cukup besar baginya. Dia sendiri tidak pasti berapa lama dia mampu untuk berlakon tidak mengenali lelaki tersebut andai mereka sentiasa bersua muka. 



                                                                                          
                                                                                      By me and only me...... i see u when u see me
                                                                    



Wednesday, October 19, 2011

Acu Cuba Try Test.....


Assalamualaikum w.b.t......Lma xbrblog ni, cbuk sngt (cbuk ke?)....Org len up-to-date je blog.....
Niway entri kali ni Cik Huda saje je nk publish hsil karya seposen Cik Huda. Karya ni Cik Huda dpt ilham time duk study tok test Agrotek OP ritu (dh brkrun dh bru nk post,.... tuan blog ngan blog sma je). Org cbuk study tu lah ilham dtng mncurah curah ke ldang gandum.....Saje je Cik Huda nk gilap bakat tulis krangan ni, lma sngt dh tnggal, dh brkarat dh......Niway layan je lh ye tp ni bri 1st part, next part 6ti2 lh ye.......


AWAN BERARAK PERGI
karya by: Cik Huda anak pak Arshad

Part 1
Suasana pejabat yang masih lengang di waktu pagi menambahkan lagi gementar di hati Azian. “ Inilah orang melayu, masuk kerja selepas waktu tapi bila balik keje je ‘sharp on time’’, Azian bermonolog dalam diri. Hari ini merupakan hari yang penting buat Azian. Selepas setengah tahun menganggur akhirnya peluang kerja untuknya akan tiba. Itupun selepas berpuluh interview yang dihadirinya.

Tepat jam 8.30 pagi semua meja kosong sebentar tadi sudah diisi pemiliknya. Azian rasa begitu asing apabila di kelilingi manusia yang asing baginya. Tiba- tiba pintu yang bertulis ”Pengurus Besar’ terbuka. Seorang lelaki yang agak tampan, mungkin di dalam usia 50’annya muncul. ” Cik Azian Amar?’’ teguran yang membuatkan hati Azian bertambah gementar. ”Ya, saya Azian”, sahut Azian. ” Sila masuk ya, saya ada kerja sebentar di Unit Teknikal. Sekejap lagi saya menyusul, ok?”, arah lelaki itu. ”Ish, dah lah aku dah tunggu sejam, ni nak kena tunggu lagi, frust betullah”, Azian membebel di dalam hati. Gila nak luahkan. Nanti tak sempat diterima kerja dah kena buang. Ya betul, hari ini adalah hari pertama Azian melaporkan diri di syarikat Agrotech sdn.bhd. ini. Azian hanya mampu menganggukkan kepala dengan arahan bakal ketuanya itu.

” Perhatian semua, mari saya kenalkan kamu semua dengan pembantu pengurus Unit Penyelidikan yang baru”, arahan yang cukup membuatkan semua pekerja disitu patuh. Kak Aida, kak Mia, Haris, Arif dan beberapa orang lagi pekerja yang tidak sempat Azian ingat nama mereka. Semua pekerja disini sangat ramah dan baik hati. Ini membuatkan Azian bertambah semangat untuk berbakti dengan syarikat ini.

” Hai, saya pulak Khairul, selamat berkenalan”. Satu suara menjengah dari belakang Azian. Tiba-tiba jantung Azian berdengup kencang. Suara ini pernah singgah dipendengaran Azian suatu ketika dulu. Pernah singgah empat tahun dulu. Azian memalingkan tubuhnya berdepan dengan pemilik suara tadi. Kedua-dua mereka tercenggang seolah tidak percaya. Memori lama datang menghantui kembali ingatan Azian.


(Empat tahun dulu)

” Awat hang ni suka sangat bantah apa yang aku cakap hah? Ada hutang ka?”, suara gadis itu menahan marahnya. ” Ha’a, ada hutang. Awat? Tak pueh hati?”, suara si jejaka mematahkan kata-kata si gadis. Selama enam bulan belajar di kelas yang sama, selama itu jugalah mereka berdua ini umpama anjing dengan kucing, Tom dan Jerry, dan apa-apa yang seangkatan dengannya. Pantang berjumpa ada saja benda yang nak di gaduhkan mereka.

Tetapi apa yang peliknya jodoh mereka begitu kuat. Setiap kelab, pertandingan, aktiviti, dan apa sahaja yang disertai di kolej itu pasti akan mempertemukan mereka berdua. Tetapi mereka tetap dengan ’kebenaran’ masing- masing. Masing-masing nak menang.

Tapi satu peristiwa membuatkan hubungan mereka menuju perubahan. Aziq, nama lelaki yang telah lama wujud dalam hidup Azian. Sahabat karib sedari kecil meluahkan perasaan, perasaan yang lebih daripada seorang kawan. Perasaan yang membuatkan Azian serba salah. Sahabat karib yang hanya dianggap kawan tanpa perasaan lebih daripada itu mendesak menginginkan jawapan, membuatkan Azian berbicara tanpa berfikir. ” Aku dah ada pakwelah, mustahil aku boleh terima kau. Aku dah sayang sangat kat dia. Lagipun aku anggap kau kawan je, tak lebih daripada tu”. Lidah Azian lancar berkata-kata tanpa berfikir betapa bodohnya dia ketika itu. Mana nak dicari ’pakwe’ yang disebutnya tadi itu. Peminat pun tak ada, inikan pula kekasih.

” Ye ke? Tipulah, setahu aku kau single kan? Kau saje je nak lari dari aku kan?”, seraya itu Aziq membalas. ”Padan muka kau Azian. Pandai-pandai sangat menipu, jujur jelah”, Azian bermonolog dalam diri. ” Eh, betullah aku tak tipulah. Dah enam bulan kami couple tau. Nama dia......nama dia....nama dia Khairul”, selamba saja Azian memberi jawapan. ” Khairul? Biar betul kau ni Azian. Kau dah giler ke mengaku mamat tu pakwe kau? Ahhhh lantaklah, asal aku selamat sudah, gila tak gila”, Azian bermonolog sendirian.

’Hai mak cik, kerja ni buat betul-betullah. Ini taip pun ada error. English kau dulu fail ke?, Khairul meluahkan perasaannya. ‘’ Eh, suka hati kau je erk nak panggil aku mak cik. Tua-tua aku pun comel tau and lagi satu English aku A tau, bukan sebarangan tau, tolong sikit erk, minds your words erk’’, marah Azian, geram dengan kata-kata junior setahunnya itu. Beza umur mereka tidaklah jauh, hanya setahun. Pada firasat Azian mungkin itu yang membuatkan mereka tidak formal apabila bercakap, tidak seperti kawan-kawan sekelas yang lain yang lebih selesa memanggil Azian dengan panggilan kakak.

Pergaduhan mereka berdua tidak berhenti disitu sahaja. Setiap hari, setiap tempat apabila berjumpa mereka akan tetap bergaduh. Tapi tanpa mereka sedari satu perasaan berbeza terbit di hati mereka sehinggalah satu kejadian yang tak diduga Azian boleh berlaku pada dirinya. 




 
                                                               
                                 By me and only me...... i see u when u see me