Saturday, October 22, 2011

Awan Berarak Pergi (cont)

karya by: Cik Huda anak pak Arshad
Part 2

Sedang kusyuk Azian mendengar syarahan Pn. Rosma, tiba-tiba perutnya sakit bagai ditarik-tarik. Kepalanya berputar bagai nak pecah. Muka Azian serta merta berubah pucat sehinggakan andai ditoreh dengan pisau pasti tidak akan ada setitik darah pun yang keluar. Demamnya kembali menyerang disertai pula dengan penyakit gastriknya yang bertambah teruk.

Dalam menahan sakit yang teramat itu, ada sepasang mata memerhati kerisauan disebelah hujung baris kerusi yang sama. Azian tidak mampu lagi menahan sakitnya, dirasakan seperti setiap minit yang berlalu umpama setahun tapi dikuatkan juga semangatnya untuk menghabiskan kuliahnya yang berbaki 10 minit saja lagi. Sebaik sahaja Pn. Rosma mengakhiri kuliahnya, Azian meluru keluar dari dewan menuju ke tandas wanita disebelah dewan. Sakitnya, sengsaranya tak siapa pun patut tahu. Itu sikap Azian yang kadang-kadang semakin memburukkan keadaannya. Di dalam tandas itulah Azian menangis sepuas-puasnya. Selepas sejam barulah sakitnya beransur hilang. Mungkin sudah melewati waktu makannya, itulah telahan Azian setiap kali diserang gastrik. Cukup sekadar membersihkan air mata  dan tudungnya, dalam keadaan terhuyung- hayang Azian bersedia untuk keluar. Gadis bertudung ini tidak perlu menghiraukan rupa parasnya yang selesa tanpa sebarang make-up.

‘’Awak ok? Nak pergi klinik ke?”, tiba-tiba satu suara menegurnya dari belakang sebaik sahaja pintu tandas ditutup. Khairul tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan risaunya. “ Eh, tak payah duk susah-susah. Sapa plak yang sakitnya sampai nak pi klinik2 ni”, Azian masih lagi dengan sikap kerasnya. “ Urm, saya tengok awak macam sakit teruk je dalam dewan tadi. Sampai pucat lesi muka awak tu. Dah tu awak terkocoh-kocoh keluar terus lepas kuliah. Nampak sangat awak sakit tadi.”, suara Khairul seperti orang yang menahan tangis. “ Eh, ma...ma...mana ada. Saya ok je, saya terlebih pakai bedak sebab tu nampak pucat. Saya ke tandas ni nak betulkan make-up saya je. Dah nama pun perempuankan. Biasalah tu, yang awak menyebuk ni kenapa?’’, Azian cuba meninggikan suaranya yang tenggelam dengan kesakitannya. Khairul tahu Azian sedang berbohong. Walaupun baru enam bulan dia mengenali gadis di depannya itu tapi dia tahu apabila gadis itu berbohong. Setahu Khairul gadis didepannya itu tidak pernah memakai make-up, cukup sekadar bedak yang dioles nipis dan sedikit pelembap bibir pelengkap gayanya setiap hari. Ciri-ciri ini jugalah yang membuatkan hati Khairul semakin lama semakin terpaut dengan gadis itu, natural beauty lah katakan. Dek kerana segan apabila berhadapan dengan gadis itu, sengaja dijadikan setiap perkara sebagai topik untuk digaduhkan dengan gadis itu.

Tiba-tiba satu bunyi objek jatuh ke lantai mematikan lamunan perasaan Khairul. Khairul kaget melihat Azian yang terlantar pengsan di depannya. Hendak diangkat memang tak manis. Gadis yang terlantar itu bukannya mahramnya. Nasib baiklah ada pelajar wanita berdekatan untuk menolong sang gadis yang dirisaukannya itu.

Hampir seminggu Azian dimasukkan ke hospital. Hidupnya sepanjang masa itu hanya sekadar berbaring di atas katil hospital yang agak lengang itu. Tekanan darah rendah, kurang vitamin, keletihan terlampau dan demam panas mengiringi pakej gastriknya. Azian sendiri tidak pasti bila dia diserang demam panas. Ujian dan kerja-kerja kokurikulumnya membuatkan dia terlupa tentang dirinya.

Sepanjang tempoh Azian ditahan di hospital, bukan sahaja kawan-kawan sekelas dan pensyarah yang melawatnya tetapi ada seseorang yang setiap hari muncul menemani dan membacakan apa yang dipelajarinya hari itu kepadanya. Khairul, jejaka hitam manis yang tidak pernah jemu menjadi pelawat tetap katilnya itu.

Saat itulah segalanya bermula. Semakin hari hubungan mereka semakin mesra. Jika dulu mereka digelar Tom and Jerry oleh rakan-rakan, tapi kini gelaran itu bertukar kepada Belangkas dan Merpati dua sejoli. Semua gelaran dan usikan rakan-rakan bukan lagi penghalang bagi mereka walaupun kadang-kadang timbul juga rasa malu tapi indahnya dilamun cinta membuatkan mereka kalis dengan semua usikan itu. Azian mula teringat mungkin inilah yang dikatakan ’mulut masin’, jika dulunya sekadar untuk melepaskan diri tapi kini jejaka itu benar-benar menjadi kekasihnya.

Enam bulan menyulam kasih, tibalah harinya mereka berdua terpaksa berpisah. Pasangan yang selama ini sentiasa berdua terpaksa beralah dengan jarak yang akan wujud diantara mereka. Selepas setahun bertarung menghabiskan pelajaran peringkat matrikulasi, tiba masanya mereka meneruskan langkah ke alam universiti. Walaupun indah dilamun cinta, tetapi Khairul dan Azian tidak rela mengorbankan impian masing-masing semata-mata untuk belajar di tempat yang sama. Tidak seperti rakan-rakan mereka yang sepakat mengambil jurusan yang sama di universiti yang sama dengan kekasih hati masing-masing. Tapi Khairul dan Azian masing- masing ditakdirkan melanjutkan pelajaran di timur semenanjung cuma berlainan negeri. Itu sudah membuatkan Khairul gembira kerana setiap hujung minggu dia masih dapat meluangkan masa dengan kekasih hatinya itu.

Seperti pasangan yang lain, hubungan mereka juga ada waktu pasang surutnya. Tetapi isu yang seringkali menjadi punca pergaduhan mereka hanya satu. Keluarga Khairul tidak merestui hubungan mereka disebabkan jarak umur dan tempat tinggal mereka yang dipisahkan oleh dua negeri. Perkara ini sering kali membuatkan Azian makan hati kerana sering kali Khairul menceritakan permintaan ibunya supaya Khairul memilih pasangan senegeri sebagai temannya.

Walaupun mereka jarang bergaduh, tetapi setiap kali bertemu setiap kali itu juga Khairul menceritakan permintaan ibunya itu. Hubungan Khairul dan Azian sampai ke kemuncaknya apabila Azian begitu tertekan dengan masalah hubungan mereka yang tidak direstui, tertekan dengan sikap Khairul yang begitu cemburu buta  dan ditambah pula dengan masalah pengajiannya yang memerlukan Azian berusaha melebihi pelajar lain memandangkan bidang itu baru baginya. Azian juga tidak mahu menjadi punca Khairul dianngap anak derhaka. 

Khairul memutuskan hubungan mereka selepas setahun Azian bersabar memendam rasa. Mereka bersetuju untuk menamatkan hubungan mereka sehingga tamat pengajian tetapi andai ada jodoh mereka berjanji akan mengikat kembali ikatan cinta mereka itu. Tetapi janji hanya tinggal janji. Tidak lama selepas memutuskan hubungan dengan Azian, Khairul telah menjalin hubungan dengan rakan karibnya, Zara. Azian yang kecewa dengan sikap Khairul cuba menuntut janjinya. Tetapi syarat yang diberikan Khairul mencabar keimanan Azian. Perpisahan mereka kali ini ditamatkan dengan sengketa. Azian mahupun Khairul meletakkan syarat andai mereka berjumpa semula, masing-masing akan berlagak saling tidak mengenali. Azian memendam rasa sakit hati dengan berjanji kepada dirinya yang dia tidak akan pernah mengenali lelaki itu lagi, buat selamanya.

(Masa sekarang)


Azian terpinga-pinga dengan teguran jejaka didepannya itu. ” Urmmm hai saya Azian, pekerja baru kat sini. Nice meeting you”, tinta Azian sambil berpaling menuju ke mejanya. ” Aik, awak tak kenal saya ke? Saya Khairul lah, belajar satu kolej dengan awak masa kat Matrik dulu tu, tak ingat ke?’’, Khairul menjelaskan pertemuan mereka. ” Maaflah saya tak ingatlah, rasanya awak silap orang ni. Sorylah, maybe tu Azian lain kot”, Azian berlalu meninggalkan Khairul yang masih menanti jawapan pasti darinya.

Azian tak pernah menyangka hari pertamanya akan diselubungi dengan kegelapan silam. ’ It’s gonna be a tough life for me for now on’, hanya itu yang dapat difikirkan Azian. Sejarah lampau yang cuba dihilangkan dari fikirannya kini berada dihadapannya dan mungkin setiap hari akan menghantui hidupnya.

Hari ini genap dua bulan Azian menjadi pembantu pengurus Unit Penyelidikan di syarikat Agrotech sdn.bhd. ini dan hari ini genap dua bulan juga Azian bergelar penduduk kota metropolitan ini. Azian tidak pernah menyangka kota Kuala Lumpur yang dulunya cukup merimaskannya sehingga membuatkan Azian bertekad untuk tidak bekerja di kota ini kini akhirnya telah menjadi tempatnya mencari rezeki. Tetapi dua bulan berada di kota ini sudah cukup untuk Azian membiasakan  dirinya dengan kesibukan masyarakat dan kehidupan di sini. Keramahan penduduk dan dikelilingi kawan-kawan yang sentiasa ceria membuatkan Azian semakin selesa berada di kota ini.

Satu lagi perkara yang membuatkan Azian dapat menyesuaikan dirinya ditempat baru ini adalah kerana sejarah lampaunya, Khairul, tidak lagi muncul didepannya. Mungkin kerana berbeza unit dan bangunan menyebabkan mereka tidak langsung bertembung. Bagi Azian itu adalah satu rahmat yang cukup besar baginya. Dia sendiri tidak pasti berapa lama dia mampu untuk berlakon tidak mengenali lelaki tersebut andai mereka sentiasa bersua muka. 



                                                                                          
                                                                                      By me and only me...... i see u when u see me
                                                                    



No comments: