Saturday, February 18, 2012

AkhirNya Abes jugAK

 Awan Berarak Pergi (final)

Hari- hari yang berlalu begitu menggembirakan bagi Azian. Kelibat Khairul tidak lagi muncul dalam kehidupan sehariannya. Sudah hampir sebulan lelaki itu tidak menunjukkan mukanya di hadapan Azian. Azian hanya ’berjumpa’ dengan kereta lelaki itu sahaja itupun keretanya itu di letakkan jauh dari kebiasaannya. Timbul juga rasa ’rindu’ melihat muka lelaki itu dihadapannya tetapi perasaan itu hanya sekadar sepintas lalu kerana kebahagiaan tidak menatap lelaki itu lebih mengatasi perassan ’rindunya’ itu.

Seperti kebiasaan hari- hari sebelumnya, Azian masuk ke pejabat dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Tetapi panggilan yang diterima selepas waktu rehat tengah hari itu sedikit membuatkan hati Azian berolak. Panggilan yang diterima dari pemanggil tak dikenalinya itu membuatkan Azian kebingungan. Panggilan itu dibuat dari unit teknikal dan itu yang membuatkan Azian lebih kebingungan. Suara pemanggil yang didengari Azian itu bukanlah suara Khairul. Azian cukup pasti. Tetapi Azian merasakan seperti suara itu pernah singgah digegendang telinganya.

Seperti yang diminta pemanggil tengahari tadi, lima minit sebelum pukul 4.30 petang Azian sudah tercegat di bahagian lobi syarikat. Menepati waktu merupakan prinsip yang telah lama Azian praktikkan. Hanya Azian berseorangan merenung lantai marmar yang berkilat di ruang lobi itu. ” Hai, kata urgent nak jumpa tapi bayang orang pun tak nampak ni”, Azian mengumam seorang diri. Selepas lima belas minit menunggu, tiba- tiba telinga Azian menangkap bunyi derap kaki daripada bahagian belakang tempatnya berdiri. Serta merta jantung Azian berdegup laju. Mungkinkah itu orang yang ingin berjumpanya?

’ Cik Azian?’, suara garau lelaki kedengaran. Serentak itu Azian menoleh ke belakang. ’ Ya, saya’, Azian seraya menjawab. ’ Hai, saya Irham Shaari’, lelaki itu memperkenalkan dirinya. Azian sedikit terkejut apabila memandang lelaki itu. ’Lelaki tisu’, hanya itu yang muncul didalam kepala Azian. Azian tak menyangka akan bertemu kembali lelaki itu. Tetapi tiba- tiba Azian merasakan jantungnya bagai direntap. Azian baru menyedari sesuatu. ’Irham Shaari? Itukan nama ’tunang’ aku? Macam mane aku boleh tak perasan masa dia perkenalkan diri dia tadi? Alamak, matilah aku’, hanya itu yang berlegar didalam kepala Azian.
Azian serba tidak kena dalam perlakuannya. Duduk berdua menghadap lelaki dihadapannya itu cukup meresahkan Azian. Walaupun mereka berada ditengah-tengah lobi yang luas itu tetapi Azian merasakan seolah-olah dia terperangkap didalam kotak kecil. Sebaliknya lelaki dihadapan Azian cukup tenang. Irham sekadar tersenyum kecil memandang gadis dihadapannya itu. Ketidakkeruan Azian sangat nyata dimata Irham.

’ Urm, maaflah menganggu waktu kerja awak’, Irham memula bicara. Sebenarnya telah lama diperhatikan gadis dihadapannya itu tetapi sekadar memerhati dari jauh. Segala maklumat mengenai latar belakang gadis itu tersemat di kepalanya. Akses sebagai pemilik syarikat memudahkannya menyiasat latar belakang gadis itu. Segalanya bermula apabila Khairul pembantunya mengutarakan soalan yang begitu mengejutkan. Soalan mengenai pertunangannya. Pertunangan? Bagaimana mungkin sedangkan dia masih belum berpunya. Setelah diselidiki akhirnya Irham tahu siapa ’tunang’nya itu. Sejak daripada itu dia sentiasa berusaha mencari masa dan tempat yang sesuai untuk bersemuka dengan ’tunang’ nya itu.

’ Its ok, saya tak busy sangat pun’, tiba-tiba lamunan Irham disentap suara gadis itu. Irham seolah- olah hilang kata-kata apabila berhadapan dengan gadis ini. Mungkin kerana ini adalah kali kedua dia berdepan dengan gadis ini. Setelah hampir 5 minit mendiamkan diri, Irham memulakan bicara kembali.

’ Urm saya rasa kita pernah jumpa sebelum ni bukan?’, soalan itu terus ditujukan kepada gadis didepannya ini. Sang gadis hanya sekadar mengangguk sebagai jawapan. ’ Saya rasa baik saya straight-forward jelah ye?.... Urm betul ke awak mengaku yang saya ni tunang awak?, soal Irham. Azian begitu terperanjat. Riak wajahnya tidak lagi boleh disembunyikan.

’Urmmmm maaflah. Khairul dah beritahu awak ya? Saya minta maaf sangat. Saya pun tak tahu yang Irham Shaari tu awak. Actually i don’t even expect that such name do exist. Nama tu just muncul spontan je.’, panjang lebar penerangan Azian dicampur pula dengan rasa gelabah berdepan dengan jejaka itu.

Kebetulan itu membuahkan sebuah persahabatan yang ikhlas diantara Azian dan Irham. Walaupun ada ketikanya Azian masih lagi malu- malu apabila berdepan dengan Irham tetapi Azian bersyukur dan tidak menyangka Irham begitu menerimanya dengan baik. Mungkin kerana kelakuan Khairul terhadap Azian telahpun tersedia maklum oleh semua pekerja syarikat dan mungkin itu juga sebab yang membuatkan Khairul berhenti kerja, sebulan selepas pertemuan Irham dan Azian itu. Ada juga mulut-mulut yang mengata bahawa Khairul kecewa dengan hubungan yang terbina diantara Azian dan bosnya itu. Bagi Azian pemergian Khairul daripada syarikat itu memberi kelegaan yang teramat buat dirinya. Kini Azian bahagia menanti saat disatukan dengan lelaki pilihan keluarganya. Ya, Azian akan diijab kabulkan dengan lelaki pilihan keluarganya yang telah lama dikenali oleh kedua ibu bapa Azian. Bagi Azian jodoh pilihan keluarganya itu cukup baik untuk dirinya setelah kegagalan yang ditempuhi bersama pilihan dirinya sendiri. Irham pula telahpun bertunang dengan gadis pilihannya yang dikenalinya semasa menguruskan cawangan syarikat di Sabah. Hubungan azian dan Irham kekal sebagai sahabat karib yang tidak dapat dipisahkan pertaliannya hanya bertitik tolak daripada kebetulan. Mereka berdua masing- masing menuju kearah kebahagian mereka bersama-sama.

~ TAMAT~




 By me and only me...... i see u when u see me

Wednesday, January 18, 2012

Rindu

Assalamualaikum...........salam tahun baru buat semua....

Lma giler kot cik Huda xsinggah sini, bkn sbuk sngat pn tp xdak ilham nk buat citer, ni pn skadar singgah mmbersihkan sawang2 yg melekat lam blog sendiri ni.....

Pda yg sudi2 jengah blog Cik Huda ni, terima kasih sngat2 wlaupn blog ni xmnarik pn.... n pda yg slalu gak ikot pnulisan "awan berarak pergi" tu, nntikn part akhir dr Cik Huda ye.... actually bnyak lg part, dh leh wat novel bak kta geng2 Cik Huda tp tkut korg yg sudi bca ni boring, Cik Huda sdang dlm process menamatkn citer, so nntikan smbungan nye ye........

Kali ni Cik Huda nk merapu pasal stail ibu bapa terutamanya kaum ibu lah...stail pkaikan brangan kemas cam gelang mas or ranti mas pda anak2 yg leh dkta kn lam kategori baby lg. Mmng lh setiap parents suke ble dpt baby girl dats y klu bleh nk salut anak2 ngan emas (tp klu baby boy jgn wat cam tu lak ye) tp kesian budak2 tu, skang ni msalah ragut ni berleluasa, cuba fkir sedangkn org dewasa pn selambe je peragut tu ragut inikan pulak baby yg still kecik n xtau pape tu. Mmng lh ibubapa kta baby tukn slalu lam jgaan org dewasa tp kita ni kn manusia kdang2 lalai jugak, tmbah2 time g shopping. Cik Huda slalu gak perhatikn mak ayah sibuk cari brang smpai men tinggal je anak2 kecik lam troli, mmng lh jrak parent ngan troli tu skdar sekangkang kera je n rmai org awam 'tngokkn' tp org nk wat jhat ni pda diaorg itu sume xdak mslah.

sonok dpt baby girl smpai nk balut sume



Cubalh fkir sedang asyik je parent duk dukung anak tepi jlan or anay place lh tetibe ada org dtang rentap leher or lengan baby tu cmne? Klu tkat terlucut brang2 kmas tu xpe r, klu trlepas dukungan baby tu, trpelnting atas smething yg bahaya cmne? Silap ribulan mlayang nyawa baby tu. Baby tu bru nk mngenal dunia.....

Pda opinion Cik Huda xsalh nk beli brang2 emas kt baby girl kita tu tp tnggu lh budak tu dh besar ckit, dh reti fkir tindakan diaorg, time tu nk pkai 5 6 utas rantai ke gelang ke pkai lh..... N lg stu trend yg Cik Huda perasan trend pkaikn cincin kt baby, xkisah baby girl or baby boy....Bdak tu sdang membesar, xtau pape pn lg, kesian Cik Huda tngok, ada tu cam xslesa je cam skit je jari dorg Cik Huda tngok, sian.....
ni mmng thap gaban r klu pkaikn kt baby smpai cmni skali (pic dr google)


Last but not least, sbgai parent or someone yg dkt, nk buat pe yg Cik Huda state kt atas td tu buat lh Cik Huda xdak kuasa nk hlang, tp pkir lh keslamatan baby2 tu, kita yg dewasa ni pn leh parah ble kna ragut inikn pulak baby yg kcik n lemah tu.....Hepi hepi jgk tp safety first k.......

snggup kh kita nk bhayakn mereka?


p/s : nntikn smbungan 'awan berarak pergi' k

K I see u when u see me.....