Saturday, February 18, 2012

AkhirNya Abes jugAK

 Awan Berarak Pergi (final)

Hari- hari yang berlalu begitu menggembirakan bagi Azian. Kelibat Khairul tidak lagi muncul dalam kehidupan sehariannya. Sudah hampir sebulan lelaki itu tidak menunjukkan mukanya di hadapan Azian. Azian hanya ’berjumpa’ dengan kereta lelaki itu sahaja itupun keretanya itu di letakkan jauh dari kebiasaannya. Timbul juga rasa ’rindu’ melihat muka lelaki itu dihadapannya tetapi perasaan itu hanya sekadar sepintas lalu kerana kebahagiaan tidak menatap lelaki itu lebih mengatasi perassan ’rindunya’ itu.

Seperti kebiasaan hari- hari sebelumnya, Azian masuk ke pejabat dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Tetapi panggilan yang diterima selepas waktu rehat tengah hari itu sedikit membuatkan hati Azian berolak. Panggilan yang diterima dari pemanggil tak dikenalinya itu membuatkan Azian kebingungan. Panggilan itu dibuat dari unit teknikal dan itu yang membuatkan Azian lebih kebingungan. Suara pemanggil yang didengari Azian itu bukanlah suara Khairul. Azian cukup pasti. Tetapi Azian merasakan seperti suara itu pernah singgah digegendang telinganya.

Seperti yang diminta pemanggil tengahari tadi, lima minit sebelum pukul 4.30 petang Azian sudah tercegat di bahagian lobi syarikat. Menepati waktu merupakan prinsip yang telah lama Azian praktikkan. Hanya Azian berseorangan merenung lantai marmar yang berkilat di ruang lobi itu. ” Hai, kata urgent nak jumpa tapi bayang orang pun tak nampak ni”, Azian mengumam seorang diri. Selepas lima belas minit menunggu, tiba- tiba telinga Azian menangkap bunyi derap kaki daripada bahagian belakang tempatnya berdiri. Serta merta jantung Azian berdegup laju. Mungkinkah itu orang yang ingin berjumpanya?

’ Cik Azian?’, suara garau lelaki kedengaran. Serentak itu Azian menoleh ke belakang. ’ Ya, saya’, Azian seraya menjawab. ’ Hai, saya Irham Shaari’, lelaki itu memperkenalkan dirinya. Azian sedikit terkejut apabila memandang lelaki itu. ’Lelaki tisu’, hanya itu yang muncul didalam kepala Azian. Azian tak menyangka akan bertemu kembali lelaki itu. Tetapi tiba- tiba Azian merasakan jantungnya bagai direntap. Azian baru menyedari sesuatu. ’Irham Shaari? Itukan nama ’tunang’ aku? Macam mane aku boleh tak perasan masa dia perkenalkan diri dia tadi? Alamak, matilah aku’, hanya itu yang berlegar didalam kepala Azian.
Azian serba tidak kena dalam perlakuannya. Duduk berdua menghadap lelaki dihadapannya itu cukup meresahkan Azian. Walaupun mereka berada ditengah-tengah lobi yang luas itu tetapi Azian merasakan seolah-olah dia terperangkap didalam kotak kecil. Sebaliknya lelaki dihadapan Azian cukup tenang. Irham sekadar tersenyum kecil memandang gadis dihadapannya itu. Ketidakkeruan Azian sangat nyata dimata Irham.

’ Urm, maaflah menganggu waktu kerja awak’, Irham memula bicara. Sebenarnya telah lama diperhatikan gadis dihadapannya itu tetapi sekadar memerhati dari jauh. Segala maklumat mengenai latar belakang gadis itu tersemat di kepalanya. Akses sebagai pemilik syarikat memudahkannya menyiasat latar belakang gadis itu. Segalanya bermula apabila Khairul pembantunya mengutarakan soalan yang begitu mengejutkan. Soalan mengenai pertunangannya. Pertunangan? Bagaimana mungkin sedangkan dia masih belum berpunya. Setelah diselidiki akhirnya Irham tahu siapa ’tunang’nya itu. Sejak daripada itu dia sentiasa berusaha mencari masa dan tempat yang sesuai untuk bersemuka dengan ’tunang’ nya itu.

’ Its ok, saya tak busy sangat pun’, tiba-tiba lamunan Irham disentap suara gadis itu. Irham seolah- olah hilang kata-kata apabila berhadapan dengan gadis ini. Mungkin kerana ini adalah kali kedua dia berdepan dengan gadis ini. Setelah hampir 5 minit mendiamkan diri, Irham memulakan bicara kembali.

’ Urm saya rasa kita pernah jumpa sebelum ni bukan?’, soalan itu terus ditujukan kepada gadis didepannya ini. Sang gadis hanya sekadar mengangguk sebagai jawapan. ’ Saya rasa baik saya straight-forward jelah ye?.... Urm betul ke awak mengaku yang saya ni tunang awak?, soal Irham. Azian begitu terperanjat. Riak wajahnya tidak lagi boleh disembunyikan.

’Urmmmm maaflah. Khairul dah beritahu awak ya? Saya minta maaf sangat. Saya pun tak tahu yang Irham Shaari tu awak. Actually i don’t even expect that such name do exist. Nama tu just muncul spontan je.’, panjang lebar penerangan Azian dicampur pula dengan rasa gelabah berdepan dengan jejaka itu.

Kebetulan itu membuahkan sebuah persahabatan yang ikhlas diantara Azian dan Irham. Walaupun ada ketikanya Azian masih lagi malu- malu apabila berdepan dengan Irham tetapi Azian bersyukur dan tidak menyangka Irham begitu menerimanya dengan baik. Mungkin kerana kelakuan Khairul terhadap Azian telahpun tersedia maklum oleh semua pekerja syarikat dan mungkin itu juga sebab yang membuatkan Khairul berhenti kerja, sebulan selepas pertemuan Irham dan Azian itu. Ada juga mulut-mulut yang mengata bahawa Khairul kecewa dengan hubungan yang terbina diantara Azian dan bosnya itu. Bagi Azian pemergian Khairul daripada syarikat itu memberi kelegaan yang teramat buat dirinya. Kini Azian bahagia menanti saat disatukan dengan lelaki pilihan keluarganya. Ya, Azian akan diijab kabulkan dengan lelaki pilihan keluarganya yang telah lama dikenali oleh kedua ibu bapa Azian. Bagi Azian jodoh pilihan keluarganya itu cukup baik untuk dirinya setelah kegagalan yang ditempuhi bersama pilihan dirinya sendiri. Irham pula telahpun bertunang dengan gadis pilihannya yang dikenalinya semasa menguruskan cawangan syarikat di Sabah. Hubungan azian dan Irham kekal sebagai sahabat karib yang tidak dapat dipisahkan pertaliannya hanya bertitik tolak daripada kebetulan. Mereka berdua masing- masing menuju kearah kebahagian mereka bersama-sama.

~ TAMAT~




 By me and only me...... i see u when u see me