Monday, November 14, 2011

WAJAH BARU

Assalamualaikum sume.......
Mcm dah lma je xbuat entry bese, slalu post story Cik Huda tu je....almaklumlah x sempat nk post, yg story tu snang je, copy paste je dr file, jmat msa heheehehe...........
Kali ni nk buat enry sal blog Cik Huda yang dh BERWAJAH BARU.......

tadaaaaaaaaaaaaa............................
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
mcm yg korang duk tngok ni lah....xpyah tadaaa nye dh......
yg bru ni dah ada bunga gerak2, ada bdak warna purple, n mcm2 lg lah bnda bru yg Cik Huda xreti nk buat hehehe.....



yang ni yg lma pnye
Rasa macam dh lma xubah page Cik Huda ni, bkn mlas tp Cik Huda kureng gemor cikit bnda2 cmni, xbrseni org kta, jiwa tu x masuk.......

Tp yg baru ni bkn Cik Huda yg buat, tp insan istimewa ini.........
-
-
-
-
-
-


Miss Nadrah yg baek ati n comey

sangt2 brterima ksih ngan insan ni, Miss Nadrah Why2love...... klu nk hrapkn Cik Huda mmng x r, blog bdak darjah dua lg lawa kot....tp d sebbkn jasa mu Cik Nad, sumenya berubah hehehe.......suke2....... xtau nk kta cmne tp Terima Kasih banyak2 to Cik Nad yg sudi brsusah payah make-up blog bdak xberseni ni, TQ dear....



akhir kta...... I see u when u see me......



Awan Berarak Pergi (cont.)

Kini Khairul lebih berani untuk mendekatkan diri dengan Azian. Setiap pagi dan petang Khairul melantik dirinya sebagai ’penyambut tetamu’ Azian, menanti Azian di lobi syarikat. Tahap kesabaran Azian mula tergugat. Azian cukup rimas dengan lelaki itu. Mendengar namanya sahaja sudah cukup membuatkan Azian meluat apatah lagi jika bertentang mata.

Pagi itu cukup suram, sesuram perasaan Azian. Setiap kali tibanya hari Isnin, ia pasti meragut ketenteraman hati Azian. Ini kerana tibanya hari Isnin bermakna bermula seminggu lagi yang menganggu hidup Azian. Bukan gangguan kerja yang sentiasa menjengahnya tetapi gangguan lelaki yang sudah muak untuk dipandangnya.

Hujan lebat di luar membuatkan hati Azian berat untuk meninggalkan katil bujangnya itu. ” Seronoknya kalau aku ni bos. Boleh masuk pejabat ikut suka je’, angan-angan yang selalu muncul dalam kepalanya. Satu lagi sebab yang menambah kemalasan Azian adalah kerana hari hujan menandakan bahawa hari yang memerlukan Azian memandu ke tempat kerja. Kebiasaannya Azian ke pejabat dengan hanya menunggang motosikal ataupun paling tidak menggunakan perkhidmatan awam. Bagi Azian memandu kereta di kota raya Kuala Lumpur ini cukup melecehkan. Leceh dengan kesesakan yang merimaskan dan leceh dengan pelbagai ragam segelintir pengguna yang mementingkan diri. Tetapi kerana hujan lebat yang masih berterusan memaksa Azian melupakan semua itu.

”Aduhai, pagi-pagi lagi dah penuh parking ni. Syarikat je besar tapi parking area ciput. Diaorang ni pun satu, awatlah pakat duk mai sorang satu kereta. Apa salahnya kalau kongsi kereta. Eh, bukan aku pun camtu ke?”, ngumam Azian berseorangan didalam kereta. Seperti biasa Azian akan memarking keretanya agak jauh daripada pintu masuk pejabatnya. Bukan kerana malu dengan kereta buruknya itu tetapi lebih mudah untuknya memerhati koordinat lelaki bernama Khairul itu. Dan lebih mudah juga untuk Azian mencari laluan kedua untuk ke pejabatnya.

Dengan payung corak bunga miliknya, Azian menapak menuju bangunan tempat kerjanya. Sebaik sampai di depan pintu utama bangunan, tiba-tiba seorang lelaki tinggi lampai menapak ke laluan Azian. ” Sorry, awak ada tisu tak?”, pertanyaan yang membuatkan langkah Azian terhenti. ” Tisu? Urm kejap erk”, balas Azian seraya membelek begnya. ” Alamak, sorry tak adalah”,ucap Azian seraya terkocoh- kocoh berlalu pergi. ” Amboi kalutnya minah ni. Tapi tak perasan pulak muka dia tadi”, ngumam Irham.

”Eh, tak perasan pulak muka mamat tu tadi”, ayat yang sama muncul dibenak Azian. Kerana bimbang bertembung dengan Khairul, Azian berlalu meninggalkan lelaki ’tisu’ itu tanpa sempat memandang rupa empunya diri. ” Ah lantaklah, kalau tengok muka dia pun, next time bukan jumpa lagi pun. Dia pun tak perasan muka aku agaknya”, Azian bermonolog sendiri. Tetapi timbul rasa bersalah dalam diri Azian. Azian sempat memandang tangan lelaki ’tisu’ itu. Darah dari luka di jarinya menarik perhatian Azian sehingga Azian tidak berkesempatan memandang wajah lelaki itu ditambah pula dengan kekalutan Azian ’melarikan diri’ daripada bertembung dengan Khairul. Tanpa kedua-duanya sedar, itu bukanlah pertemuan pertama dan terakhir untuk mereka. Takdir telah pun tercatat untuk mereka.

Suasana di pejabat pagi itu sesuram suasana diluar. Masing-masing leka menghadap komputer masing-masing. Azian berlalu ke biliknya tanpa disedari rakan-rakan sepejabatnya. ” Amboi, semua khusyuk buat kerja sampai tak nampak aku datang. Apa aku ni terlepas pandang ke sampai tak nampak?”, ngumam Azian. Sebenarnya Azian hairan, tidak pernah dia berhadapan dengan keadaan seperti hari ini. Awal pagi itu suasana pejabatnya berlainan daripda kebiasaannya. Selalunya paginya disambut dengan senyuman manis Liza, kerani di unitnya itu. Tetapi hari ini semua rakan-rakan pejabatnya itu begitu tekun memulakan tugas mereka. ” Mungkin ada pihak audit nak datang kot”, Azian membuat andaian sendiri.

” Kenapa aku tengok korang semua awal-awal pagi lagi dah tekun buat kerja? Selalunya sebelum mula kerja korang sempat lagi melepak sejam dua kat pantry tu.”, tanda tanya yang bersarang dibenak Azian memaksanya bertanya kepada Liza sebaik sahaja waktu makan tengahhari menjengah. ” Lorr kau tak tahu ke anak bos kita tu dah balik dari outstation semalam? Hari ni terus dia masuk pejabat”, jawap Liza. ” Kalau bukan sebab anak bos kita tu dah masuk pejabat, tak adanya kitaorang ni nak tekun-tekun sangat”, tambahnya lagi. ” Anak bos? Yang mana satu? Tak tahu pun bos dah ada anak yang besar panjang?”, soalan demi soalan keluar dari mulut Azian. ” Alamak aku lupalah yang kau tak pernah jumpa lagi anak bos kita ni’, sengih Liza. ” Anak bos kita ni dah lapan bulan outstation kat Sabah. Cawangan syarikat kita kat Sabah tu ada masalah sikit. Tu yang anak bos kita sendiri yang turun padang tu. Kau belum jumpa dia lagilah sebab kau masuk sebulan selepas dia ke Sabah”, terang Liza tanpa diminta. ”Anak bos kita tu lelaki ke perempuan?”, soal Azian. ” Lelaki. Umur baru 27 tahun, tegas dan skema nak mampus. Kalau kena tangkap tak buat kerja dengan dia memang teruklah orang tu kena. Walaupun tak ramai yang suka dengan cara kerja dia tapi dia tu bagi aku cukup berkaliber, dah sesuai sangat kalau bos kita tu nak serahkan syarikat kat dia. Dia tu kalau bercakap dah macam menteri dah aku tengok. Tengoklah, masalah cawangan kita dekat Sabah tu dah bertahun timbul tapi dia pergi sana lapan bulan je dah setel. Haaa anak bos kita tu ketua unit teknikal, tapi yang paling penting bujang lagi hihihihi....”, panjang lebar Liza memberi penerangan sambil tersengih sehingga menampakkan semua pendakap giginya itu. ” Eeee kau ni sempat lagi erk. Dah lah jomlah balik, nanti lewat pulak nak solat”, seraya Azian bangun menuju kauter pembayaran meninggalkan Liza.

Masing-masing masih khusyuk menyiapkan kerja masing-masing. Sepanjang dua minggu yang berlalu, itulah suasana yang dapat Azian perhatikan. Azian masih menjalankan tugasannya seperti biasa. Walaupun sudah dua minggu berlalu tetapi Azian belum pernah sekali pun lagi bertemu dengan anak bos yang menjadi topik tiap perbualan harian rakan-rakan sekerjanya. Mungkin disebabkan kerana berlainan unit dan tingkat bangunan menyebabkan mereka tidak berpeluang untuk bersua. Lelaki ’tisu’? Ketika ingatan Azian pada insiden dia dan lelaki tersebut hampir lupus, tiba-tiba sesuatu yang tak dijangka mereka tercetus.

Seperti sudah menjadi rutin Azian untuk menggunakan tangga setiap pagi untuk masuk ke pejabatnya. Bukan kerana lif tidak disediakan ataupun kerana lif rosak, tetapi kerana setiap pagi dan petang ada ’pengawal’ yang akan mengawal laluan keluar dan masuk lif. Khairul, jejaka yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Jejaka itu tetap menaruh harapan untuk bersatu kembali dengan Azian.

Suatu pagi tanpa disangka Azian, Khairul mengubah ’rutin’ hariannya. Pagi itu Khairul mengubah ’port’nya ke tempat meletak kereta. Azian, tanpa dapat menduga akhirnya terpaksa berhadapan dengan jejaka itu. Jika bukan kerana tertinggal payung, Azian pasti tidak akan meletakkan keretanya di parking hadapan bangunan pejabatnya. Sedang Azian leka mengambil barang didalam keretanya tiba-tiba ada tangan yang menyentuh bahunya dari belakang. Alangkah terkejutnya Azian apabila Khairul kini berada di depannya.

”Eh kurang ajar betul awak erk? Sesuka hati je pegang-pegang perempuan. Awak ingat saya ni apa? Haa apa awak nak? Pagi-pagi dah muncul depan saya ni, rosakkan hari saya je”, bertalu-talu perkataan keluar dari mulut Azian. Khairul yang begitu terkejut dengan reaksi Azian melangkah sedikit ke belakang. Raut mukanya menunjukkan yang bahawa dia begitu malu, malu dengan teguran Azian yang agak keras dan malu dengan tindakannya itu.

”Urmm, saya nak cakap sikit dengan awak boleh? Saya rasa kita berdua ada hal yang perlu dibincangkan dan diterangkan. Apa kata lepas office hour nanti kita keluar?”, Khairul cuba untuk berlagak tenang. ” Keluar? Dengan awak? Berdua? Hahaha....... awak gila ke?, suara Azian kedengaran. ” Buat apa saya nak keluar dengan awak? Saya tak ada apa-apa hubungan pun dengan awak sampai nak keluar berdua dengan awak. Lagipun saya rasa kita dah tak ada apa yang perlu dibincangkan. Saya dah lupakan semua pasal kita dulu, pasal hubungan yang pernah wujud dan saya dah lupakan pasal awak pun. So, just live your life,ok? Anggap kita tak pernah kenal pun sebelum ni.”, Azian menambah. ”Tapi saya masih sayangkan awak Azian. Saya tahu dulu tu semua salah saya. Saya yang salah menilai antara kaca dengan permata. Tapi sekarang saya dah sedar yang awaklah permata hidup saya”, suara Khairul antara dengar tak dengar. ” Eh kau ni tak paham bahasa ke? Aku dah malas nak cakap baik-baik dengan kau ni. Dulu senang-senang je kau buang aku tapi sekarang kau terhegeh-hegeh dengan aku. Kau ni dah macam gila talak aku tengok. Kau dah lupa ke yang aku ni dah ada tunang and kitaorang akan kahwin tak lama lagi. So, jangan ganggu hidup aku lagi ok dan lagi bagus kalau kau tak payah muncul lagi depan aku, paham?”, suara Azian agak meninggi dan kasar. Azian sudah cuak untuk menghadapi kerenah lelaki itu. Kesabarannya sudah tiada.

Walaupun menyesal dengan pengakuan yang telah dibuat sebentar tadi, Azian masih berlagak tenang. Padanya biarlah pembohongannya itu berlanjutan lagi asalkan dia terlepas dari gangguan lelaki di depannya ini. Tambahan pula tiada sesiapa yang tahu kisah dia dan ’tunang’nya itu, hanya antara dia dan Khairul.

”Ye ke? Jadi awak seriuslah pasal awak dah bertunang? Bukan sebab awak saja-saja reka untuk lepaskan diri?”, suara Khairul sedikit mengendur. ”Ye lah, kalau kau tak percaya sudah. Tak penting pun bagi aku”, tegas Azian. ” Apa nama tunang awak tu? Dia kerja kat mana? Boleh saya kenal dia? Saya nak kenal juga orang yang berjaya tambat hati awak tu, bolehkan?”, Khairul seolah merayu. ” Nama? Urmmmm......nama dia....nama dia Irham Shaari. Ha’a nama Irham Shaari. Tak payahlah kau nak jumpa dia. Membazir masa dia je. Dia tu orang penting, selalu sibuk”, Azian tidak keruan. Entah bagaimana nama itu yang terpacul keluar dari mulutnya. Azian sedikit menyesal kerana berbohong sehingga menyebabkan pembohongan itu berlanjutan. ” Hai manalah aku nak cekau mamat nama Irham Shaari ni. Entah wujud entah tidak mamat ni. Padam muka kau Azian, menipu lagi. Nah, sekarang tanggunglah”, Azian bermonolog dalam kepalanya. Azian begitu sibuk bermain kata didalam kepalanya sehingga dia tidak perasan riak muka lelaki dihadapannya itu. Khairul begitu terkejut dengan pengakuan Azian tadi. Mungkinkah tunang Azian itu benar-benar orang yang sama dengan seseorang yang dia cukup kenali itu. Irham Shaari, mungkinkah dia? Otak Khairul ligat berfikir. Antara percaya dan tidak. Khairul tidak menyangka nama itu yang akan terkeluar dari mulut Azian.

Azian lega apabila Khairul berlalu tanpa kata. Telahnya mungkin Khairul sudah berputus asa dan redha dengan jawapan yang telah diberikannya tadi. Hari yang dilalui di pejabat begitu ceria dan menggembirakan. Pada firasatnya, lelaki itu tidak akan lagi mengganggu hidupnya.
                                                      
                                             By me and only me...... i see u when u see me

Thursday, November 3, 2011

Wednesday, November 2, 2011

Menghargai ibu dan ayah 
Menghargai saudara-mara 
Menghargai cikgu-cikgu .
Menghargai kawan-kawan sekolah 
Menghargai sahabat-sahabat 
Menghargai orang sekeliling
Menghargai jiran-jiran 
Menghargai cinta yang telah Allah SWT limpahkan


Menghargai kasih-sayang yang telah Nabi Muhammad SAW curahkan


 
                                                   
                                    By me and only me...... i see u when u see me